Kerajaaan kerap mengadakan kempen atas tujuan-tujuan tertentu dan satu daripada kempen yang telah dijalankan ialah Kempen budi bahasa dan Nilai-nilai Murni. Matlamat kempen adalah untuk mewujudkan masyarakat yang berpekerti mulia.
Kebelakangan ini masyarakat
Pada dasarnya, peribahasa “bahasa menunjukkan bangsa ” yang mendasari kempen diatas, dapat kita ulas darpada dua aspek, iaitu bahasa sebagai alat perhubungan yang dapat menunjukkan sama ada seseorang itu pandai berbahasa ataupun tidaki dan kesopanan perilakunya apabila bertutur dengan seseorang. Dalam konteks ini, objektif kempen yang dijalankan itu merangkumi kedua-dua perkara tersebut.
Memang tidak dapat kita menafikan ketetapan maksud peribahasa “ bahasa menunjukkan bangsa ” dalam konteks kehidupan kita. Selama ini, kita mengamalkan nilai hidup budaya Timur yang penuh dengan nilai-nilai murni, seperti hormat akan orang tua dan bersopan ketika bercakap dengan bangsa yang berbudi bahasa, sesuai dengan prinsip Rukun Negara dan tuntutan agama yang dianuti. Identiti ini perlu dikekalkan.
Melalui kempen tersebut, kita yakin bahawa hasrat kita untukn mewujudkan masyarakat penyayang akan terhasil. Melalui amalan budi pekerti mulia, imej Negara dan bangsa kita akan terus tinggi di pandangan dunia. Martabat kita sebagai bangsa yang bermaruah dan berhemah tinggi akan terus kekal dan orang akan terus menghormati kita sebagai satu bangsa yang mempunyai jati diri yang unggul.
Kita sebagai warga
No comments:
Post a Comment