Saturday, April 24, 2010
Bekalan Air Pencemar
Air merupakan nadi kehidupan. Manusia memerlukan air untuk pelbagai tujuan dan untuk apa-apa juga kegiatan.malangnya, bekalan air bersih semakin berkurangan dan hal ini telah dibuktikan oleh hasil kajian UNESCO.
Umumnya , kekurangan air bersih berpunca daripada pencemaran. Kini ,pelbagai pencemaran berlaku dan antara faktor pencemaran air ialah kesan daripada pembangunan, khususnya pembangunan sektor perindustrian dan pertanian, di samping masalah yang disebabkan oleh sikap manusia sendiri. Bahan sisa kilang, sisa domestik dan kumuhan haiwan ternakan dibuang ke dalam saluran air, termasuk sungai. Gejala inilah yang menyebabkan kurangnya air bersih.
Masalah kekurangan air bersih juga disebabkan oleh pengurangan sumber air semula jadi seperti air mata air. Hal ini ini berlaku kerana pemusnahan pokok-pokok atau kawasan hijau. Pemusnahan besar-besaran,terutama di kawasan tadahan hujan akan mengakibatklan sumber air semula jadi merosot. Proses kondensasi akan terhenti kerana kawasan tersebut telah kehilangan kuasa menyimpan air.Air hujan yang yang turun di situ akan terus mengalir ke sungai dan tidak dapat disimpan seperti kawasan tadahan yang biasa.
Kekurangan airmemang membawa kesan buruk kepada manusia. Kekurangan air bersih boleh menjejaskan pelbagai aktiviti dalam kehidupan harian. Manusia akan mengalami kesukaran untuk makan, minum, membersihkan pakaian malah untuk membersihkan diri. Kekurangan air bersih juga memaksa manusia menggunakan air yang tercemar dan hal ini mendedahkan mereka kepada pelbagai masalah jangkitan penyakit seperti taun dan keracunan.
Air juga amat penting kepada alam sekitar untuk memastikan ekosistem berjalan dengan lancer. Air merupakan satu daripada komponen dalam rantaian kitaran alam semula jadi. Air bersih diperlukan oleh tumbuhan untuk hidup. Tegasnya, flora dan fauna tidak dapat tumbesar dengan baik dan berterusan tanpa air yang bersih. Kekurangan air bersih boleh menyebabkan kepupusan sesetengah flora dan fauna.
Sebagai manusia yang prihatian dan bertanggunjawab, wajar bagi kita untuk menentukan bahawa bekalan air bersih dapat dikekalkan. Hal ini dapat kita laqksanakan dengan menjauhi tindakan yang boleh menyebabkan pencemaran air.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment